Tangguh pemilihan elak perpecahan parti -Mohamad - Utusan Malaysia

Tangguh pemilihan elak perpecahan parti -Mohamad

MOHAMAD Hassan (kiri) berkata sesuatu kepada Ahmad Maslan ketika menghadiri Wacana Aspirasi UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini. -UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Faktor utama UMNO mencadangkan penangguhan pemilihan parti iaitu enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah bagi mengelakkan perpecahan dalaman yang lebih dahsyat.

Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perpecahan dalaman hanya melemahkan pucuk pimpinan parti sehingga ke peringkat majlis kerja tertinggi (MKT).

“Kami tak mahu melihat parti berpecah-belah, dalam pemilihan parti memang akan ada perpecahan, perebutan kuasa dan juga kalau ada pemilihan sebelum PRU15, bayangkan selepas buat pemilihan parti, sekarang ramai yang cukup umur. Jentera akan kelam kabut.

“Wanita (UMNO) akan kalah dalam pemilihan cawangan, sebab ramai yang nak pasang badan, kita perlu membina semula jentera kita, tetapi masa itu (suntuk) melatih dan mempersiapkan mereka.” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Wacana Aspirasi UMNO di Menara Datuk Onn, Kuala Lumpur, disini hari ini.

Majlis itu bersempena sambutan 76 tahun UMNO yang turut dihadiri Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan barisan pimpinan parti yang lain.

UMNO sebelum ini menangguhkan pemilihan parti peringkat cawangan , bahagian  dan MKT selama 18 bulan bermula 30 Jun 2021 dan pindaan yang akan ditambah adalah kebenaran pemilihan parti 6 bulan selepas PRU15.

Ahad ini, UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM) bagi mendapatkan sokongan sebanyak dua pertiga daripada ahli parti bagi meluluskan pindaan tersebut diiringi sambutan Hari UMNO dan sambutan Aidilfitri.

Mengulas lanjut berhubung pemilihan parti itu, Mohamad tidak mahu pemilihan itu dilakukan secara terburu-buru yang dianggap hanya ‘membunuh diri’ buat parti.

“Ini satu perkara, perpecahan yang wujud juga satu perkara, untuk menghadapi PRU15 adalah satu suicidal, satu keadaan membunuh diri, hadapi pilihan raya dahulu kerana itu keutamaan kita.

“Selepas itu, pemilihan parti kalau nak buat, buatlah, nak jadi timbalan presiden, presiden, bertandinglah secara ‘adik beradik’, kalah menang tak mengakibatkan kita hilang kuasa dalam pentadbiran,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya