Saya diberi mandat berunding dengan parti lain -Saifuddin - Utusan Malaysia

Saya diberi mandat berunding dengan parti lain -Saifuddin

Saifuddin Nasution Ismail
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan beliau diberikan mandat oleh PKR dan Pakatan Harapan (PH) untuk menjalankan rundingan dengan parti-parti lain, bukannya bertindak sendiri.

Calon Timbalan Presiden PKR itu menjelaskan, beliau tidak pernah menyesal berunding dengan ahli Parlimen dan parti di luar komponen PH untuk membantu bagi menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Apabila kerajaan PH jatuh, parti berbincang, PH berbincang, keputusan diambil. Tugasan diberi kepada beberapa pimpinan tertentu. Saya nak tegaskan, ia bukan soal Saifuddin berunding tetapi keputusan kolektif lepas parti dan PH berbincang.

“Saya diberi tugasan untuk dekati pimpinan dari Sabah dan Sarawak. Saya juga diberi peranan jumpa parti-parti luar komponen PH, ahli Parlimen bebas, ahli Parlimen parti islam, UMNO, semua sekali. 

“Yang kita perlukan bukan pindah parti, tapi komitmen dan sokongan,” katanya dalam Program ‘Berani Semuka: Siapa Layak Bersama Anwar? yang  berlangsung selama sejam 30 minit dan dihoskan oleh Amin Idris di Shah Alam hari ini.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu menjawab soalan dikemukakan oleh seorang lagi calon Timbalan Presiden, Rafizi Ramli yang bertanyakan alasan penglibatan dalam perbincangan bersama pemimpin UMNO di antara Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Jelas Saifuddin, rasional rundingan demikian kerana PH memerlukan beberapa lagi ahli Parlimen bagi menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala semua perkembangan rundingan dilaporkan kepada gabungan itu dan ahli Parlimen PH.

“Kalau ini satu operasi sulit memudaratkan, mana mungkin kita buat secara transparent (terbuka). Ia satu ikhtiar kerana kekurangan sokongan kecil,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Saifuddin kemudian berterima kasih kepada Rafizi kerana bertanyakan soalan itu sekali gus memberi peluang membuat penjelasan supaya memberi gambaran lebih adil. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya