Pas Selangor komited agenda penyatuan ummah  - Utusan Malaysia

Pas Selangor komited agenda penyatuan ummah 

NOH Omar (kanan) dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi (tengah) bersama menghadiri program sambutan Aidilfitri Peringkat Parlimen di Tanjong Karang, Kuala Selangor, Selangor pada minggu lalu. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebagai sebuah negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang didominasi DAP, tiada jalan mudah untuk menumbangkan kerajaan kecuali melalui penyatuan ummah antara Pas dan UMNO.

Penyatuan berkenaan didakwa dibuktikan dengan kekalahan PH dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada Mac 2019 apabila parti itu sekadar meraih 17,866 undi berbanding Barisan Nasional (BN), 19,780 yang turut disokong Pas.

Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, Roslan Shahir berkata, penyatuan ummah terbukti digeruni PH di negeri ini sehingga terdapat usaha-usaha untuk menggagalkannya.

“Pas Selangor yakin dan percaya rakyat negeri ini sudah bersedia membuat perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti dan mengharapkan usaha bersepadu dan kesatuan politik sebagaimana terbentuk di Semenyih dapat berulang di kesemua 22 kerusi Parlimen dan 56 kerusi DUN di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar memaklumkan UMNO dan Pas di negeri ini akan teguh bersama Muafakat Nasional (MN).

Bagaimanapun, kerjasama tersebut bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan kedua parti untuk meneruskannya atau berkompromi untuk tidak bertembung antara satu sama lain.

Lantaran itu, Pas Selangor menyatakan pimpinan Pas pusat menunjukkan komitmen terhadap inisiatif penyatuan ummah yang diusahakan kedua-dua parti seperti dinyatakan Ketua Penerangan PAS, Senator Khairil Nizam Khirudin.

Jelas Roslan, ketelitian dan kesungguhan meneroka jalan politik penyatuan ummah khasnya di Selangor ini adalah selaras dengan seruan berkali-kali Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Malah, ia diperteguhkan lagi dengan kenyataan Mursyidul Am PAS bahawa penyatuan ummah ini adalah perintah Allah SWT, maka PAS Selangor terpanggil untuk merealisasikan usaha ini walaupun ianya bukan sesuatu yang mudah. 

“Ternyata di Selangor usaha ini disambut baik dan didukung Umno Negeri Selangor,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya