Muafakat Nasional: Ahli UMNO diingatkan jangan buat andaian - Utusan Malaysia

Muafakat Nasional: Ahli UMNO diingatkan jangan buat andaian

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi ingatan buat semua anggota parti dan pihak berkepentingan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berbentuk andaian berhubung isu Muafakat Nasional.

Kata beliau, andaian yang dibuat akan membuatkan parti lebih bercelaru apabila ada yang menggunakan nama UMNO tanpa mengikut perbincangan parti.

“Mengulas mengenai isu ini, saya harap, individu baik dari pihak UMNO dan mana jua, biar parti buat keputusan dan jangan buat andaian sangat, kelam-kabut jadinya, jangan kelam kabut sangat.

“Biar parti buat keputusan, nasihat saya biar parti buat keputusan, kepimpinan seperti presiden sudah memberikan pandangan , kita akan bincang dalam mesyuarat biro politik dan kerja tertinggi,” katanya kepada pemberita.

Ketika ditanya mengenai jalinan kerjasama di antara Pas dan UMNO dalam Muafakat Nasional yang sekarang dilihat semakin renggang, Mohamad mengandaikan ia seperti sebuah perkahwinan.

“Biasalah tu, kita juga ada nikah, kahwin, cerai,” katanya.

Menjawab pertanyaan tentang kerjasama yang ingin dibentuk Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bersama Pakatan Harapan (PH) untuk menerajui Kelantan, Mohamad menjelaskan, hal itu perlu kebenaran parti.

“Itu bukan keputusan parti, biar parti buat keputusan, parti akan keluarkan kenyataan media, jadi itu pendirian parti, setakat satu atau dua orang itu pandangan peribadi masing-masing,” katanya kepada pemberita. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya