MITC rugi tapi Timbalan Pengerusi dapat kereta - ADUN DAP - Utusan Malaysia

MITC rugi tapi Timbalan Pengerusi dapat kereta – ADUN DAP

LOW CHEE LEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri perlu memberi penjelasan dan justifikasi berhubung penyerahan sebuah kereta kepada Timbalan Pengerusi Melaka International Trade Centre Sdn. Bhd. (MITC), Fairul Nizam Roslan.

Membangkitkan perkara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Low Chee Leong berkata, tindakan itu harus dipersoalkan memandangkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu mengalami kerugian.

Dakwanya, jumlah kerugian yang dicatatkan MITC melebihi RM2 juta bagi tempoh 2019 hingga 2020.

“Kerugian MITC pada 2019 adalah sebanyak RM1.34 juta sementara pada 2020 adalah RM737,805. Apakah justifikasi MITC membeli kereta sedangkan mengalami kerugian?

“MITC tidak seharusnya berbuat demikian kerana ekonomi masih belum pulih sepenuhnya. Rakyat masih lagi bergelut dengan kenaikan harga barang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dalam satu hantaran di laman sosial Facebook memaparkan, beliau mengadakan pertemuan dengan Fairul Nizam.

Pada pertemuan itu, Fairul Nizam yang juga ADUN Asahan turut menerima sebuah kereta jenis Honda.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya