Debat Najib VS Anwar: Pemerhati politik penuhi Auditorium Matic - Utusan Malaysia

Debat Najib VS Anwar: Pemerhati politik penuhi Auditorium Matic

AUDITORIUM Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (Matic) menjadi lokasi Debat Perdana Menteri antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Auditorium Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (Matic) mula dipenuhi pemerhati politik yang hadir menyaksikan Debat Perdana antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Meskipun acara dijangka bermula 9 malam, namun para jemputan perlu tiba seawal pukul 7.30 malam bagi pemeriksaan keselamatan sebelum memasuki lokasi debat.

Hal ini kerana hanya 400 jemputan dibenarkan memasuki dewan berkenaan termasuk para penyokong Anwar dan Najib sendiri.

Antara kelihatan di sini adalah Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Rahman;
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Mohd Puad Zarkashi; pemimpin PKR, Yusmadi Yusoff; calon Ketua AMK, Adam Adli dan beberapa pemimpin PKR dan UMNO.

Debat Perdana Najib dan Anwar akan menyentuh dua isu utama, pertama persoalan sama ada syarikat minyak dan gas, Sapura Energy Bhd perlu diselamatkan atau sebaliknya.

Cabaran debat itu tercetus selepas Najib dan bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli saling berbalas pandangan dan kritikan di media sosial berhubung isu kewajaran bailout (menyelamatkan) Sapura Energy.

Sebelum ini, Sapura Energy mengalami peningkatan kerugian bersih untuk tahun kewangan berakhir 31 Januari lalu kepada RM8.9 bilion berbanding RM160.87 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun sebelum ini.

Perolehannya merosot kepada RM4.13 bilion daripada RM5.35 bilion disebabkan peratusan siap yang lebih rendah yang diiktiraf pada tahun semasa, berikutan pengiktirafan kerugian yang boleh dijangka termasuk lonjakan kos projek dalam segmen perniagaan kejuruteraan dan pembinaan (E&C).

Selain itu, Anwar dan Najib turut dijangka membincangkan isu masa depan Malaysia merangkumi aspek ekonomi, politik, urus tadbir serta hala tuju negara.

Lebih menarik perhatian ramai, Anwar turut memberi peluang kepada rakyat Malaysia mengemukakan soalan kepada Najib dengan orang ramai boleh mengajukan soalan menerusi ruangan komen di akaun Twitter rasminya semalam. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya