Dakwaan rasuah: Tok Mat enggan ulas, mahu SPRM siasat - Utusan Malaysia

Dakwaan rasuah: Tok Mat enggan ulas, mahu SPRM siasat

MOHAMAD Hasan menyampaikan ucapan perasmian Majlis Wacana Aaspirasi UMNO (WAU) sempena Ulang Tahun UMNO ke-76 yang berlansung di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini. -UTUSAN/ MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamad Hasan enggan mengulas mengenai dakwaan terlibat skandal rasuah berhubung projek pembalakan dan pajakan tanah di Negeri Sembilan sekitar 2008 hingga 2010. 

Timbalan Presiden UMNO itu bagaimanapun menyerah sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan. 

“Biar SPRM jalankan siasatan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Wacana Aspirasi UMNO (WAU) sempena ulang tahun penubuhan parti itu ke 76. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sama ada siasatan yang dijalankan badan itu merupakan satu gerakan politik untuk menghalang beliau dari dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti. 

April lalu, media melaporkan, satu siasatan telah dimulakan SPRM terhadap seorang pemimpin kanan UMNO yang dikatakan menerima rasuah. 

Siasatan itu dilakukan SPRM selepas satu laporan diterima agensi itu oleh Ketua Penerangan UMNO Cawangan Setapak Jaya 1A, Bahagian Setiawangsa Kuala Lumpur, Datuk Halim Rahmat. 

Laporan yang dibuat pada 6 April lalu meminta SPRM menyiasat dakwaan oleh sebuah portal berita yang mengaitkan tuduhan rasuah berkaitan projek pembalakan dan pajakan tanah di Negeri Sembilan sekitar 2008 hingga 2010 di mana wang rasuah didakwa digunakan untuk membeli aset di luar negara.

Sebelum ini, sebuah portal berita, Malaysia Today mendedahkan Mohamad yang ketika itu Menteri Besar Negeri Sembilan didakwa menerima suapan bernilai RM10 juta daripada seorang pengarah syarikat. 

Dakwaan itu didedahkan penulis blog, Raja Petra Kamarudin sebelum disiarkan di portal berita berkenaan.  –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya