RUU Anti Lompat Parti: DAP seru semua parti ada wakil nyata pendirian terbuka - Utusan Malaysia

RUU Anti Lompat Parti: DAP seru semua parti ada wakil nyata pendirian terbuka

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menyeru semua parti yang mempunyai wakil di Parlimen untuk menyatakan pendirian mereka sama ada menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti atau sebaliknya secara terbuka. 

Beliau berkata, ia susulan 91 Ahli Parlimen yang terdiri daripada 90 Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan satu Ahli Parlimen Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menyatakan komitmen terbuka menyokong pindaan perlembagaan tersebut.

“Pagi ini, saya bertemu dengan Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Petaling Jaya. Kami membincangkan persiapan untuk Sidang Khas Parlimen pada minggu depan. 

“Syed Saddiq memberikan komitmen untuk menyokong RUU Pindaan Perlembagaan untuk menghalang tindakan lompat parti. Setakat ini, sudah ada 91 Ahli Parlimen (90 PH + 1 Muda) yang menyatakan komitmen terbuka menyokong Pindaan Perlembagaan tersebut. 

“Saya menyeru setiap parti yang mempunyai wakil di Parlimen untuk menyatakan pendirian mereka secara terbuka. Pindaan ini hanya akan berjaya dengan sokongan dua pertiga Ahli Dewan Rakyat iaitu minima 148 ahli menyokong,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Sebelum ini, kerajaan memberi jaminan akan membentangkan bacaan kali pertama Rang Undang Undang (RUU) Anti Lompat Parti pada 11 April ini di Dewan Rakyat. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tarikh tersebut setelah berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menentukan tarikh tetap untuk rang undang-undang itu dibentang. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya