Pas tidak sertai khemah besar - Utusan Malaysia

Pas tidak sertai khemah besar

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pas membuat keputusan tidak akan menyertai ‘khemah besar‘ dianjurkan Pakatan Harapan (PH), meskipun mereka ditawarkan untuk menyertainya.

Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, perkara itu sebelum ini telah dibincangkan secara bersama dalam Perikatan Nasional (PN).

“PN bincang mengenai ‘benda-benda’ itu dan Pas dah buat keputusan tak akan sertai. Pas menolak rancangan tersebut dan jika kami tak turut serta, bermakna PN pun tak cukup kerusi dan tak boleh ‘pi’ la (menyertai khemah besar).

“Kalau kita ‘pi’ tetapi tak cukup kerusi, nak buat apa? Baik tak payah pergi,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Khamis lalu, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub dilaporkan menggesa kepimpinan PH supaya tidak terus menutup ruang perbincangan dengan parti pembangkang termasuk Pas dan Bersatu dalam blok kerajaan.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, Pas memiliki pengalaman selama 20 tahun bersama PKR dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini dan semua strategi itu takkan berulang lagi.

“Ada orang kata khemah besar ini tanpa DAP tetapi ada juga yang kata bersama DAP. Ada DAP atau tidak, tak mungkinlah kita sertai khemah besar itu.

“Kita pernah buat dengan PKR, selama 20 tahun dalam PR. Pengalaman itu antara sebab Pas menolak,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya