Khairuddin yakin RUU Anti Lompat Parti diluluskan - Utusan Malaysia

Khairuddin yakin RUU Anti Lompat Parti diluluskan

MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Ahli Parlimen Bebas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali yakin Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti akan diluluskan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, keyakinan itu didorong oleh sokongan 91 Ahli Parlimen pembangkang di samping Pas, dirinya dan UMNO.

Jadi saya yakin RUU Anti Lompat Parti akan diluluskan di Parlimen jika dibawa Isnin ini.

“Saya menyokong akta ini kerana itu yang terbaik untuk bekas parti saya, rakyat di samping saya sebagai Ahli Parlimen,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program sumbangan ayam percuma di kediamannya di Lembah Takir di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd. Khairuddin berkata, penggubalan RUU Anti Lompat Parti adalah adil untuk semua pihak sama ada wakil rakyat, parti malah rakyat secara keseluruhan.

Sebelum ini, media melaporkan Kabinet tidak mendapat kata sepakat, malah, tidak bersetuju dengan pembentangan RUU Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat, Isnin ini.

Penangguhan itu adalah yang kedua selepas pertama kali dijadualkan untuk dibentangkan bagi bacaan pertama pada 24 Mac lalu sebelum dianjak ke 11 April ini.

Bagaimanapun, semalam, kerajaan memaklumkan untuk mencadangkan tarikh baru untuk satu lagi sidang khas Parlimen bagi membentangkan RUU itu. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya