Khairuddin cadang ‘gencatan senjata’ ahli politik sempena Ramadan - Utusan Malaysia

Khairuddin cadang ‘gencatan senjata’ ahli politik sempena Ramadan

MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali mencadangkan ‘gencatan senjata’ dalam kalangan ahli politik sempena bulan Ramadan.

Tanpa menyebut mana-mana pihak, perkara itu dipercayai mempunyai kaitan dengan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan dalam sidang khas Dewan Rakyat Isnin ini, tetapi ditangguhkan.

“Saya mencadangkan ‘gencatan senjata’ sekejap di kalangan ahli politik sempena Ramadhan. Kita tingkatkan hubungan baik dan persahabatan.

“Fokus pada ulasan membina ketakwaan dan memperkasakan ibadah sepanjang Ramadhan. Ramadhan bulan persaudaraan dan kebajikan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya