Idea, komitmen PN diambil kira dalam draf RUU Anti Lompat - Utusan Malaysia

Idea, komitmen PN diambil kira dalam draf RUU Anti Lompat

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Segala idea dan komitmen hasil pertemuan bersama wakil Perikatan Nasional (PN)  akan diambil kira dalam draf akhir Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Perlembagaan Persekutuan Berhubung Dengan Anti Lompat Parti dan Tempoh Pemegangan Jawatan Perdana Menteri. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu kenyataan berkata, ia sebahagian perancangan siri sesi libat urus yang  dianjurkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU, JPM) bagi memastikan input dan pandangan semua pihak diambil kira semasa penggubalan RUU ini.

Jelasnya lagi, perkara itu seterusnya akan dibawa ke Kabinet dan Parlimen untuk dibahaskan. 

“Petang ini saya bersama wakil Parti Perikatan Nasional bagi membincangkan persoalan dasar RUU Lompat Parti dan Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri. 

“Dalam sesi ini juga, wakil Jabatan Peguam Negara turut menjelaskan draf Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan Berhubung Dengan Anti Lompat Parti dan Tempoh Pemegangan Jawatan Perdana Menteri. 

“InsyaAllah segala pandangan, idea dan komitmen yang diberikan semasa libat urus ini akan diambil kira dalam draf akhir Rang  Undang-undang ini,” katanya. 

Pertemuan itu berlangsung di Parlimen sebelum sidang khas Dewan Rakyat diadakan pada 11 April ini. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya