Debat Najib-Anwar beri peluang rakyat lebih memahami isu - Utusan Malaysia

Debat Najib-Anwar beri peluang rakyat lebih memahami isu

AMINUDDIN Harun pada Majlis Pelancaran Bulan Wakaf Negeri Sembilan di Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Program debat di antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu kewangan Sapura Energy Bhd. memberi ruang kepada rakyat untuk mengetahui isu sebenar yang berlaku.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sehubungan itu, program debat di antara kedua tokoh politik itu perlulah disambut baik.

“Sebenarnya, debat boleh diadakan pada bila-bila masa bergantung kepada topik dan perbincangannya. Itu penting untuk kefahaman masyarakat. 

“Kita tidak mahu masyarakat diberitahu hanya apabila tiba pilihan raya, sedangkan banyak isu boleh dibincangkan secara perdebatan supaya masyarakat tahu apa sebenarnya berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Wakaf Negeri Sembilan 2022 di sini hari ini. 

Tambah Aminuddin, perdebatan antara pemimpin lain juga turut dialu-alukan kerana boleh dijadikan platform penyampaian maklumat sebenar kepada masyarakat. 

Sementara itu, beliau yang Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Negeri Sembilan memberitahu  belum memutuskan untuk bertanding sebagai Ketua Cabang Keadilan Port Dickson pada pemilihan parti itu akan datang.

“Saya akan timbang nak bertanding atau tidak. Bulan Ramadan ini  banyak masa sikit. Saya minta diberi petunjuk dan hidayah,  saya akan maklum nanti, sama-samalah kita tunggu,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Aminuddin mengesahkan perpindahan keahliannya dari Cabang Tampin ke Cabang Port Dickson pada 31 Januari lalu. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya