KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diingatkan supaya tidak mengambil masa yang lama untuk membubarkan parlimen.
Perkara itu dinyatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan pergulungan Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.
“Kita mesti wajib buat tindakan yang luar biasa sebab ramai yang meniru apa yang kita lakukan. BNada BN Comms, mereka buat PN Comm, kita sebut 5 ikhtiar, dia kata 5 ikrar, dia biru cepat luntur, kita biru kekal. Yang merah pun ikut juga.
“Sebab itu mana-mana parti serpihan dari UMNO, jangka hayat politik pasti pandek. Yang original adalah UMNO. Insha-Allah bila pun yang akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas nasihat Perdana Menteri setelah mendapat keputusan perbincangan dalam kabinet dan Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong
“Tok Mail, pengumuman dah sedap semua. Jangan tunggu lama-lama..” katanya. –UTUSAN ONLINE