UMNO putuskan buat pemilihan 6 bulan selepas PRU 15 - Utusan Malaysia

UMNO putuskan buat pemilihan 6 bulan selepas PRU 15

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berucap pada ucapan penggulungan ketika Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO akan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk mengadakan pemilihan parti dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata demikian selepas ucapan dasar Presiden sebelum ini yang mendesak agar PRU-15 diadakan segera.

Malah, beliau dalam masa yang sama menganggap  segala masalah dalam parti itu selesai sekirannya permohonan bagi mengadakan pemilihan parti selepas PRU-15 diluluskan.

“Jika ini diluluskan maka apa yang jadi perbincangan kini selesai.Yang kita takut adalah  menghadapi PRU-15 selepas pemilihan parti kerana sejarah menunjukkan setiap kali ada pemilihan, pecahan akan berlaku.

“Kita tidak mahu  parti yang tengah dalam keadaan baik akan menyebabkan pergeseran.Ini yang kita. Selagi UMNO tak jadi teraju kita tak nampak apa yang baik untuk kita,” katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya