PRU15: PM bincang dengan MKT - Utusan Malaysia

PRU15: PM bincang dengan MKT

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Cadangan perwakilan UMNO terhadap pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) akan dibincangkan Majlis Tertinggi dan Kabinet sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau memberi jaminan bahawa keputusan besar itu akan dibincangkan dengan ‘Top Five’ parti.

Menurut beliau, dua kemenangan besar dalam Pilihan Negeri (PRN) membuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadi lebih bersemangat untuk berjuang sehingga timbul permintaan supaya Parlimen dibubarkan segera.

“Saya mendengar cadangan pembahas-pembahas mengenai pembubaran Parlimen. Saya beri jaminan keputusan besar ini akan dibincangkan dengan ‘Top Five’ parti.

“Ini juga akan dibincangkan dengan MKT (Majlis Kerja Tertinggi) dan jemaah menteri sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Seri Paduka Baginda,” kata beliau ketika berucap dalam pergulungan Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri merangkap Naib Presiden UMNO mengucapkan tahniah kepada BN Melaka dan Johor kerana berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan amat bergaya.

“Terima kasih kepada seluruh jentera parti dari seluruh pelosok tanah air yang berkorban tanpa mengira masa, tenaga dan wang ringgit untuk perjuangan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menghargai kepimpinan UMNO termasuk Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebulat suara mencalonkannya sebagai Perdana Menteri dan disokong oleh kepimpinan UMNO Negeri, Bahagian dan Cawangan.

Katanya, beliau tidak mungkin saya berada di atas pentas ini sebagai Naib Presiden dan Perdana Menteri tanpa berkat doa serta sokongan penuh ahli-ahli UMNO.

“Benar seperti yang diucapkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Kerajaan dan Parti harus seiring jalan.

“Dokongan dan sokongan pucuk pimpinan parti kepada Jemaah Menteri UMNO akan kami buktikan bahawasanya UMNOlah satu-satunya parti yang terbukti menjaga kepentingan agama bangsa dan tanah air serta kebajikan Keluarga Malaysia,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya