KUALA LUMPUR: UMNO yakin mampu mengembalikan kegemilangan negara dalam pelbagai bidang terutama ekonomi dan kebajikan rakyat seperti yang dilaksanakannya dahulu apabila mendesak Parlimen dibubarkan dan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan segera. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, kemerosotan ekonomi negara, kesengsaraan hidup rakyat, penjarahan dan penjualan khazanah negara dan seluruh dunia semakin jauh meninggalkan Malaysia, menuntut UMNO untuk mendirikan semula keruntuhan yang ada. Katanya, akibat kegagalan dua kerajaan sebelum ini mengurus ekonomi negara dengan baik, berlaku aliran keluar modal asing yang sangat besar, pemberhentian operasi syarikat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya