[PAU 2021]: UMNO, BN gagal kuasai Twitter raih sokongan orang muda - Utusan Malaysia

[PAU 2021]: UMNO, BN gagal kuasai Twitter raih sokongan orang muda

Wan Muhammad Zuhir Ghazali
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) dilihat masih gagal dalam aspek penyampaian maklumat kepada pengundi muda menerusi media sosial terutama Twitter serta TikTok.

Jurucakap Siswa UMNO, Wan Muhammad Zuhir Ghazali berkata, kegagalan melaksanakan strategi berkenaan bakal memberi kesan kepada parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Justeru, katanya, UMNO perlu bergerak merangka strategi bermula sekarang atau bersedia  berdepan dengan kegagalan.

“UMNO harus ubah taktik yang tertumpu kepada media sosial dengan menembusi Twitter dan pelbagai platform lain.

” Kalau UMNO masih belum mahu berganjak, janganlah sedih seandainya kita kalah dalam PRU-15 nanti,” katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) semalam. 

Dalam pada itu Wan Muhammad Zuhir  berkata, UMNO perlu menyediakan ruangan khas untuk orang muda membantu parti menyampikan hala tuju kepada golongan berkenaan.

“Apa polisi UMNO untuk ‘tangkap’ anak muda.Perlu sediakan subjek literasi  politik kepada orang muda bagi menghadapi PRU-15,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya