[PAU 2021] : Desakan adakan PRU-15 bukan daripada UMNO semata-mata - Utusan Malaysia

[PAU 2021] : Desakan adakan PRU-15 bukan daripada UMNO semata-mata

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Desakan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bukan daripada UMNO semata-mata, sebaliknya berdasarkan beberapa faktor lain termasuk kestabilan politik serta kepentingan negara.  

Malah, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan usaha  mengadakan PRU-15  lebih awal bukan untuk menekan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 Sebaliknya, kata beliau, keputusan mengadakan PRU15 juga juga tertakluk kepada kebijaksanaan Ismail Sabri  dan barisan Kabinet sebelum dipersembah kepada Yang Dipertuan Agong  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“UMNO cuma membuat saranan berdasarkan beberapa faktor. Kami rasakan kestabilan politik harus diwujudkan. Maka, parti itu perlu dominan sebagaimana Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor. 

“Walaupun keputusan PRN  Melaka dan Johor tidak boleh dijadikan penanda aras, kita rasakan dengan prinsip yang ada, kami yakin rakyat mahu kembali semula dokongan UMNO dan Barisan Nasional (BN) biarpun pembangkang  cuba wujudkan gabungan baharu,” katanya dalam sidang akhbar sejurus selepas ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) bersama pembangkang sebelum ini perlu dihormati semua pihak dan terpulang kepada Ismail Sabri sama ada mahu meneruskan atau sebaliknya.

Malah, beliau dalam masa yang sama menyifatkan pembubaran Parlimen tidak akan dilakukan sebelum CSA tamat.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya