UMNO Perak belum putuskan jumlah jentera bantu PRN Johor - Utusan Malaysia

UMNO Perak belum putuskan jumlah jentera bantu PRN Johor

SAARANI Mohamad ditemui pemberita selepas melawat tapak projek Bandar Tasik Idaman di Batu Gajah hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH: UMNO Perak belum memutuskan jumlah jentera yang akan dihantar bagi membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kekuatan jentera yang akan dihantar ke Johor bergantung kepada bilangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang perlu dijaga pihaknya.

“Bergantung kepada tugasan dan setakat ini saya belum lagi mendapat tugasan secara rasmi. Seperti di PRN Melaka, kita diarah untuk jaga dua DUN dan di PRN Johor ini pula, belum tahu lagi berapa.

“Jadi, kita punya kekuatan jentera bergantung kepada berapa DUN yang kita perlu jaga,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat tapak projek Bandar Tasik Idaman (Spanish Garden by The Water) di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas pujian yang diberikan Ketua Pembangkang Perak, Dr Abdul Aziz Bari mengenai kehadirannya pada program anjuran mereka di Taiping, Saarani memberitahu, keterbukaannya itu dilakukan ikhlas demi rakyat.

Malah, Saarani berkata, tindakannya itu juga bagi berlaku adil kepada rakyat dan bukan bertujuan untuk meraih pujian.

“Baguslah jika pembangkang suka kepada Menteri Besar, ini adalah satu petanda yang sangat baik. Seperti saya sebutkan, saya seboleh mungkin akan berlaku adil kepada semua rakyat.

“Kita mahu rakyat menilai kepimpinan saya dan Barisan Nasional (BN). Kita juga mahu mereka nampak apa yang kita cakap, akan dilaksanakan dan bukannya hanya retorik,” katanya.

Abdul Aziz menerusi laporan media pada Isnin lalu memuji Saarani dengan menyifatkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu melambangkan politik baharu dan matang.

Menurut Abdul Aziz, kesediaan Saarani itu amat perlu bagi mengurangkan pergeseran dan perselisihan yang tidak perlu dan melampau sekali gus dilihat mengutamakan kebajikan rakyat. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya