UMNO Petaling Jaya gesa segera PRU-15 - Utusan Malaysia

UMNO Petaling Jaya gesa segera PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO Bahagian Petaling Jaya menggesa kerajaan untuk melaksanakan Pilihan Raya Umum (PRU-15) dengan kadar segera. 

Menurut kenyataannya, PRU-15 perlu diadakan dengan segera bagi mewujudkan kerajaan yang stabil dan kukuh demi kemakmuran rakyat Malaysia tanpa menafikan usaha aspirasi keluarga Malaysia. 

Selain itu, katanya, pemilihan parti di semua peringkat perlu dilaksanakan selepas PRU-15 bagi mengelakkan perpecahan dalaman parti dan memastikan kerukunan serta kestabilan parti terpelihara dalam mendepani PRU-15. 

“Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Petaling Jaya pada hari ini juga bersetuju usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, untuk memulihkan kembali negara dari aspek ekonomi, keselamatan rakyat, politik dan sosial sehingga berakhirnya perjanjian gencatan politik bersama Perikatan Nasional (PN). 

“Perwakilan juga menyarankan agar pemimpin dan ahli UMNO memberi tumpuan kepada usaha untuk memperkasakan dan mengukuhkan parti, merapatkan saf dan meningkatkan perpaduan sesama ahli serta berusaha bersungguh-sungguh memenangi hati rakyat dan pengundi.

“Selain itu, menegaskan bahawa UMNO perlu kembali memainkan peranan utama sebagai parti yang memimpin penyatuan dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera, seterusnya kembali memainkan peranan sebagai parti tunjang yang menyatukan dan mengharmonikan rakyat di dalam negara yang tercinta ini,” kata kenyataan itu, hari ini.

Tambah kenyataan itu, ketetapan itu diambil selepas menyedari bahawa kerajaan yang memerintah hari ini adalah merupakan kerajaan gabungan Ismail Sabri daripada parti UMNO sebagai Perdana Menteri. 

Seterusnya katanya, UMNO Bahagian itu juga memahami bahawa rakyat masih belum selamat sepenuhnya daripada ancaman pandemik Covid19. 

“Negara sedang melalui fasa pemulihan dan sedang giat melaksanakan pelbagai langkah untuk memulihkan kembali negara dari aspek ekonomi, keselamatan rakyat, politik dan sosial berteraskan konsep dan aspirasi Keluarga Malaysia. 

“Selain itu, menyantuni aspirasi Keluarga Malaysia dari Perdana Menteri untuk dilaksanakan dengan lebih lancar dan menyeluruh,” katanya.

Kata kenyataan itu, UMNO Bahagian Petaling Jaya juga menyesali bahawa akan kepincangan ekonomi negara yang secara langsung menjadi punca akan kenaikkan kos sara hidup, kadar pengangguran yang meningkat, ketidak percayaan pelabur luar serta defisit inflasi yang tidak terkawal memberi kesan negatif yang besar kepada pendapatan rakyat dan ekonomi negara. 

“UMNO Bahagian Petaling Jaya juga meyakini bahawa hanya dengan kestabilan politik yang diterajui parti dominan merupakan kunci kepada penyelesaian masalah yang dihadapi negara dan rakyat Malaysia pada situasi prapandemik ini. 

“Malah turut menginsafi bahawa suara majoriti akar umbi UMNO di seluruh negara yang mahukan pengukuhan serta memastikan UMNO menjadi parti terbaik yang dapat menjamin kestabilan demi kemakmuran negara,” jelasnya.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya