Tangguh PRU-15 sementara waktu - Armada - Utusan Malaysia

Tangguh PRU-15 sementara waktu – Armada

WAN AHMAD FAYHSAL WAN AHMAD KAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada) menyarankan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu ditangguhkan buat sementara waktu sehingga negara benar-benar menyelesaikan masalah Covid-19 dan ekonomi. 

Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, tarikh itu bagaimanapun terpulang kepada kemampuan kerajaan dalam usaha pemulihan negara yang sepatutnya berlangsung pada tahun hadapan dengan lebih rancak 

“Jadi, kita tak mahu perjudikan nyawa dan ekonomi rakyat hanya kerana beberapa kepimpinan UMNO risau akan kedudukan mereka jikalau ditempuh PRU-15, jadi kita harap kerajaan hari ini kekal stabil, Bersatu akan terus mendokong kerajaan pada hari ini. 

“Kita juga harap kerajaan pada hari ini menjunjung keluhuran perlembagaan kedaulatan undang-undang agar mereka yang dituduh dan yang didapati bersalah benar-benar menerima hukuman setimpal,” katanya dalam sidang media pada Perhimpunan Agung Tahunan Armada 2021, hari ini. 

Wan Ahmad Fayhsal ketika ditanya mengenai Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang diarah untuk didaftar berkata, pihaknya mengucapkan selamat maju jaya kepada parti itu. 

“Saya yakin mereka ada kekuatan tersendiri, ada pasaran sendiri, tetapi kami juga ada kekuatan kami sendiri seperti dibuktikan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini. 

“Kami adalah pencabar terdekat mana-mana parti yang ingin menawan pengundi-pengundi Melayu dan pribumi,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya