[PRN Sarawak]: Pusat mengundi ditutup, kiraan undi bermula - Utusan Malaysia

[PRN Sarawak]: Pusat mengundi ditutup, kiraan undi bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bermula pukul 8 pagi tadi tamat selepas 1,866 pusat mengundi dan 3,555 saluran di seluruh negeri ini ditutup pada pukul 5 petang.

Dengan itu, proses kiraan undi bermula sekarang dan keputusan rasmi pilihan raya negeri akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini, namun tidak dapat dipastikan waktu sebenar keputusan rasmi tersebut.

Kira-kira 1,207 pusat mengundi bagi pilihan raya telah ditutup setakat pukul 2 petang tadi.

Setakat pukul 3 petang tadi pula, sebanyak 52 peratus pemilih keluar mengundi yang menunjukkan trend peratusan rendah walhal SPR ini sebelum ini menyasarkan 70 peratus keseluruhan pemilih keluar mengundi.

Jumlah itu boleh dikaitkan dengan keadaan cuaca di beberapa kawasan di negeri ini yang mengalami hujan lebat.

Seramai 349 calon daripada 10 parti politik termasuk 30 calon bebas bertanding membentuk kerajaan negeri baharu untuk penggal kali ini. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya