PETALING JAYA: PKR dan DAP masih belum mendapat sebarang kerusi berbanding pencabar yang lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, hari ini.
Setakat pukul 8.30 petang ini, Gabungan Rakyat Sarawak (GRS) memperoleh 40 kerusi manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) dengan dua kerusi yang telah disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
PKR sebelum ini mengumumkan akan bertanding 27 kerusi manakala DAP dengan 26 kerusi dalam pilihan raya kali ini. -UTUSAN ONLINE