PETALING JAYA: Gabungan Parti Sarawak (GRS) hampir kekal membentuk Kerajaan Negeri Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.
Berdasarkan portal sebuah berita, keputusan tidak rasmi menyaksikan GPS menang di 52 kerusi, setakat 8.30 malam tadi.
GPS sekali gus dijangka memperoleh majoriti mudah yang hanya memerlukan kemenangan 42 kerusi daripada 82 Dewan Undangan Negeri (DUN).
Manakala sebanyak 40 kerusi telah disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). -UTUSAN ONLINE