PH kalah teruk di Sarawak, GPS menang besar 76 kerusi - Utusan Malaysia

PH kalah teruk di Sarawak, GPS menang besar 76 kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mencatat kemenangan besar 76 kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-12, sekali gus memberi tamparan hebat ke atas Pakatan Harapan (PH).

Kejayaan GPS itu mengatasi 72 kerusi yang diraih Barisan Nasional pada PRN11 pada 2016.

Keputusan tidak rasmi diperoleh Utusan Malaysia setakat pukul 8.47 malam ini menyaksikan DAP cuma meraih dua kerusi daripada 26 kerusi yang ditandingi.

Parti Sarawak Bersatu (PSB) pula yang pertama kali bertanding meraih empat kerusi.

Pada PRN lalu, DAP cuma memperoleh tujuh kerusi.

Sekutu DAP dalam PH iaitu PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) masing-masing kalah kesemua 28 dan lapan kerusi yang ditandingi mereka.

Sementara itu, komponen Perikatan Nasional (PN) iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas turut gagal meraih sebarang kerusi.

Tiga bekas ahli Bersatu yang bertanding Bebas tewas di kerusi masing-masing.

Ini termasuk naib presiden parti negeri ini, Datuk Ali Biju di Krian. Calon GPS, Friday Belik yang juga Residen Betong menang di situ. Ali, walaupun menarik diri sebelum mengisytihar menyokong Friday, dianggap sah bertanding kerana nama tercetak di kertas undi.

Pas pula terus kempunan untuk meraih kemenangan pertama di Sarawak apabila calonnya, Arifiazul Paijo tewas di Beting Maro. Afrifiazul Paijo cuma meraih 2,058 undi berbanding 3,769 undi diperoleh calon GPS, Razaili Gapor dalam persaingan lima penjuru.
-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya