KWSP: Asyraf Wajdi mohon PM benarkan RM10,000 one-off - Utusan Malaysia

KWSP: Asyraf Wajdi mohon PM benarkan RM10,000 one-off

WARGA emas, bayi, dan Orang Kelainan Upaya (OKU) antara yang berjaya diselamatkan oleh Anggota Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dalam operasi menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam banjir, di Seksyen 23 Shah Alam.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Ahmad Dasuki memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membenarkan pengeluaran RM10,000 secara one-off daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau berkata, meskipun banyak pihak dilihat tidak membenarkan lagi pengeluaran KWSP itu, namun, perkara itu amat penting bagi rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas bencana yang menimpa. 

“Walaupun hanya seketika sahaja, sempat saya buat kesekian kalinya menyuarakan kepada Ismail Sabri bagi pihak rakyat yang ramai amat mengharapkan RM10,000 KWSP secara one-off

“Walaupun kini banyak pihak seperti Kesatuan Sekerja sudah mulai menekan Perdana Menteri supaya tidak membenarkan lagi pengeluaran KWSP, saya merasakan pengeluaran untuk kali terakhir ini penting bagi kebanyakan rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka akibat terkesan dengan pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan pelbagai komitmen dan hutang tertunggak. 

“Malah, ada pula yang sudah jatuh ditimpa pula tangga akibat banjir luar biasa yang melanda di banyak tempat seluruh Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya