Jangan takut pengundi muda - PM - Utusan Malaysia

Jangan takut pengundi muda – PM

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Terdapat pihak tertentu ‘takut’ kepada orang muda apabila mencadangkan Parlimen dibubarkan sebelum pendaftaran automatik pengundi 18 tahun bermula 1 Januari 2022, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu bersetuju pengundi 18 tahun dibenarkan kerana yakin kemampuan orang muda membuat pilihan. 

Beliau berkata, zaman sekarang sudah berubah di mana segala maklumat di hujung jari dan orang muda tahu tentang perkembangan politik negara. 

“Orang muda zaman milenium ketika ini berbeza dengan zaman dahulu. Kita bersetuju perkara itu (Undi18) cuma dengan syarat secara automatik. 

“Sekarang, ada pihak tertentu takut kepada orang muda dengan mencadangkan supaya pilihan raya umum segera diadakan sebelum 31 Disember ini. 

“Kalau kita mempunyai niat jahat untuk sekat orang muda sebagai pengundi, apa orang muda akan lihat UMNO? UMNO akan dilihat tidak yakin dengan orang muda. Kita tidak perlu takut. 

“Saya percaya kalau kita lakukan ini kita akan dihukum mereka, ya orang muda 19 tahun, 20 tahun tidak boleh mengundi tetapi yang berusia 21 hingga 30 tahun yang masih dianggap orang muda ini pasti akan hukum kita kerana kita menyekat hak mereka untuk mengundi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini. 

Ismail Sabri berkata, kepimpinan Pemuda dan Puteri UMNO seharusnya menjadikan perkara itu sebagai cabaran untuk terus mendekati pengundi muda di negara ini. 

“Buka sekat pengundi muda supaya tak sokong kita. Sampai bila kita hendak lari dari orang muda. Kita akan hadapi orang muda kerana pilihan raya bukan berakhir pada 2021 atau 2023, kita perlu terus bekerja untuk mendekati orang muda,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya