KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi kerusi pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau diwakili calonnya, Datuk Julaihi Narawi dengan undi majoriti 4,134.
Statistik keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) menyatakan, Julaihi menewaskan calon dari Parti Amanah Negara (Amanah), Maxwel Anak Rojis (803 undi) dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Wan Chee Wan Mahjar (486 undi).
Dalam pada itu, GPS turut memenangi DUN Belaga dengan undi majoriti 2,245 menewaskan calon dari Parti Sarawak Bersatu (PSB), Henry Usat Bit (1,307 undi); Parti Bumi Kenyalang (PBK), John Bampa (97 unidi) dan calon Bebas, Siki Balarik (81 undi.