Calon GPS didakwa letak 'pondok panas' semasa hari mengundi - Utusan Malaysia

Calon GPS didakwa letak ‘pondok panas’ semasa hari mengundi

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN), Mambong, Dr. Jerip Susil dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) didakwa meletakkan 'pondok panas' di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Siburan, di sini, yang melanggar Seksyen 26 (1) (d) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) didakwa membuka ‘pondok panas’ketika hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 hari ini.

Menerusi video dan beberapa keping gambar dihantar kepada pemberita di kumpulan sembang Whatsapp, ia menunjukkan sebuah kanopi kecil dengan beberapa poster memaparkan calon wakil rakyat daripada gabungan itu.

Ia dikatakan terletak di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Siburan, di sini.

JERIP SUSIL

Tidak jelas sama ada poster tersebut memaparkan wajah calon GPS, bagaimanapun, gabungan itu meletakkan calonnya, Dr. Jerip Susil (PBB) bertanding di Mambong berdepan saingan calon dari DAP, Chan Hon Hiung; Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi), Chong Siew Hung; Parti Sarawak Bersatu (PSB), Sanjan Daik dan Parti Bumi Kenyalang (PBK), Joshua Roman.

Seksyen 26 (1) (d) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 memperuntukkan, tiada seorang pun boleh menggunakan mana-mana rumah kediaman, rumah kedai, pondok, dewan atau mana-mana premis lain sebagai pejabat atau pusat mana-mana parti politik di dalam bahagian pilihan raya.

Mana-mana individu yang melanggar peruntukan tersebut, boleh dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya