PETALING JAYA: Kawasan di sekitar Batu 5, Jalan Ipoh dekat sini dinaiki air akibat hujan lebat berpanjangan di seluruh Lembah Klang sejak semalam.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 5 petang susulan air sungai berdekatan tempat kejadian yang melimpah.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada terdapat mangsa terperangkap dalam kejadian itu.
Difahamkan, anggota bomba berada di lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.- UTUSAN ONLINE