PORT DICKSON: Tiada sebarang perbincangan di peringkat Pakatan Harapan (PH) berhubung cadangan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron supaya parti itu bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menentang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang. Pengerusi PH yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan oleh Idris tersebut hanyalah pandangan peribadi dan ia tidak berbangkit sama sekali di peringkat PH. “Itu pandangan peribadi beliau, belum pun diangkat, kami dalam parti tidak melontarkan idea-idea seperti itu, kerana terlalu banyak implikasi. “Terlalu awal dan tidak berbangkit…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya