KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mencatatkan kemenangan ke-10 dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak apabila meraih kemenangan di Gedong.
Ini selepas beliau mencatatkan sembilan kemenangan berturut-turut di kerusi Satok.
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu meraih 4,310 undi dengan majoriti 3,607 undi.
Beliau menewaskan tiga pesaingnya, Mohamad Sofian Fariz Sharbini dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang meraih 703 undi, Tomson Ango dari Parti Bumi Kenyalang dengan 157 undi dan Kamal Bujang dari Parti Amanah dengan 94 undi.-UTUSAN ONLINE