KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg selesai mengundi di Kompleks Sukan Satok sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak hari ini.
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu tiba di pusat mengundi bersama isterinya, Puan Sri Juma’ani Tun Tuanku Bujang pukul 10 pagi tadi.
Beliau merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok namun bertukar ke DUN Gedong yang bertembung dengan calon dari Parti Amanah Negara (Amanah), Kamal Bujang; Parti Sarawak Bersatu (PSB), Mohamad Sofian Fariz Sharbini dan Parti Bumi Kenyalang (PBK), Tomson Ango. -UTUSAN ONLINE