KUALA TERENGGANU: Tiga penyandang Naib Presiden Pas sekali lagi mempertahankan jawatan mereka dalam pemilihan jawatankuasa bagi sesi 2021-2023.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berjaya meraih 1,164 undi diikuti Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (956 undi) dan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (778 undi).
Keputusan itu menyaksikan percubaan sulung Setiausaha Politik kepada Menteri Alam Sekitar dan Air, Dr. Mohd. Zuhdi Marsuki untuk menempatkan diri dalam kelompok Naib Presiden gagal apabila sekadar mendapat 623 undi
Pengumuman nama pemenang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilih, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman.
Katanya, bagi Ahli Jawatankuasa pula dibarisi Muhammad Khalil Abdul Hadi, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, Kamaruzaman Mohamad, Ir. Khairil Nizam Khirudin, Riduan Mohd. Nor, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Halimah Ali dan Datuk Dr. Mohamad Fadzli Hassan.
“Mereka yang lain ialah Datuk Marzuk Shaari, Mohd. Nassuruddin Daud, Dr. Najihatussalehah Ahmad, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusof, Dr. Azman Ibrahim, Nasrudin Hasan, Datuk Amzad Hashim, Dr. Ali Akbar Gulasan, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dan Dr. Rosni Adam.
“Kesemua perwakilan yang terlibat dalam pemilihan ialah seramai 1,299, bagaimanapun jumlah undi diterima ialah 1,221 undi,” katanya ketika mengumumkan keputusan sempena Muktamar Pas Ke-67 di Duyung Marina & Resort di sini hari ini.
Antara calon yang tewas dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa kali ini termasuk Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali dan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. -UTUSAN ONLINE
Infografik
Jawatankuasa baharu Pas Sesi 2021-2023
Pengerusi Tetap
Husin Ismail (menang tanpa bertanding)
Timbalan Pengerusi Tetap
Kamal Ashaari (menang tanpa bertanding)
Pemeriksa kira-kira
Md. Shukor Aziz (menang tanpa bertanding)
Mohd. Najib Ahmad (menang tanpa bertanding)
Presiden
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (menang tanpa bertanding)
Timbalan Presiden
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (menang tanpa bertanding)
Naib Presiden
Idris Ahmad (1,164 undi)
Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (956 undi)
Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (778 undi)
Dr. Mohd. Zuhdi Marsuki (623 undi)
Ahli Jawatankuasa
Muhammad Khalil Abdul Hadi (884 undi)
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor (877 undi)
Kamaruzaman Mohamad (872 undi)
Ir. Khairil Nizam Khirudin (844 undi)
Riduan Mohd. Nor (841 undi)
Datuk Iskandar Abdul Samad (822 undi)
Datuk Halimah Ali (774 undi)
Datuk Dr. Mohamad Fadzli Hassan (736 undi)
Datuk Marzuk Shaari (707 undi)
Mohd. Nassuruddin Daud (706 undi)
Dr. Najihatussalehah Ahmad (695 undi)
Datuk Siti Zailah Mohd. Yusof (688 undi)
Dr. Azman Ibrahim (679 undi)
Nasrudin Hasan (645 undi)
Datuk Amzad Hashim (615 undi)
Dr. Ali Akbar Gulasan (613 undi)
Datuk Dr. Mahfodz Mohamed (609 undi)
Dr. Rosni Adam (609 undi)