Sokongan Malaysia kepada Palestin tidak pernah berubah - Utusan Malaysia

Sokongan Malaysia kepada Palestin tidak pernah berubah

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Israel digesa menamatkan keganasan, pencerobohan berulang, penindasan sistematik dan jenayah apartheid terhadap rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak. 

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, gesaan inilah ada satu sokongan Malaysia yang tidak berbelah bahagi dan solidariti dengan rakyat Palestin yang telah sekian lama berjuang demi kebebasan dan kemerdekaan mereka.

Katanya, rakyat Palestin telah sekian lama menderita di bawah penjajahan Israel yang melakukan sekatan, diskriminasi, penafian hak asasi, rampasan tanah serta harta benda berskala besar dan pelbagai perbuatan tidak berperikemanusiaan. 

“Malaysia bersama dengan masyarakat antarabangsa bersatu dengan tujuan yang sama bagi mencari jalan penyelesaian yang aman, adil dan berkekalan kepada Palestin. Rakyat Palestin berhak mendapat keadilan dan keamanan, malah, masyarakat antarabangsa berhutang kepada mereka. 

“Malaysia akan secara aktif menjayakan agenda Palestin termasuk melalui pelbagai forum serantau dan antarabangsa ke arah merealisasikan aspirasi rakyat Palestin untuk kebebasan dan merealisasikan negara Palestin berdasarkan pra-1967 sempadan, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kotanya, berdasarkan perkara yang dipersetujui di peringkat antarabangsa, undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Saifuddin berkata, Malaysia akan terus memberi sokongan terhadap perjuangan Palestin sebagai mengiktiraf aspirasi generasi baharu aktivis Palestin ke arah merealisasikan harapan rakyat Palestin demi kebebasan dan negara yang merdeka.

“Ketegasan ini seiring dengan Hari Perpaduan Antarabangsa dengan Rakyat Palestin yang mana sokongan Malaysia yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan rakyat Palestin.

“Malah, tahun ini adalah ulang tahun Hari Antarabangsa ke 44 selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melancarkannya, maka, ulang tahun ini kekal sebagai peringatan yang menyakitkan tentang tanggungjawab masyarakat antarabangsa yang belum dapat menyelesaikan persoalan Palestin,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya