Rakaman audio bukan punca tewas pemilihan - Mohd. Khairuddin - Utusan Malaysia

Rakaman audio bukan punca tewas pemilihan – Mohd. Khairuddin

MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Isu rakaman audio yang tular di media sosial bukan punca Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali tersingkir sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas bagi sesi 2021-2023. 

Mohd. Khairuddin berkata, menang atau kalah merupakan adat bertanding sekali gus menolak dakwaan yang rakaman audio dikaitkan dengannya itu  mempengaruhi sokongan perwakilan dalam pemilihan kali ini. 

“Menang-kalah adalah perkara biasa dan  pilihan setiap perwakilan yang berhak mengundi pucuk pimpinan parti.

“Apa yang penting, Pas perlu maju ke depan dan teruskan perjuangan tanpa menoleh ke belakang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Muktamar Tahunan Pas Ke-67 di Duyung Marina & Resort di sini hari ini. 

Selain Mohd. Khairuddin, turut tidak mempertahankan jawatan sebagai AJK Pas ialah Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. 

Nik Abduh berkata, walaupun kini hanya bergelar ahli biasa, namun dia akan terus beristiqamah dalam membantu jentera parti dengan pendekatan tersendiri.

“Saya doakan barisan kepemimpinan baharu dapat terus membantu Pas kerana sebagai sebahagian daripada kerajaan Pusat, cabarannya pasti lebih besar.

“Tahniah kepada para sahabat, saya rasa hilang bebanan dan lebih ringan sekarang mengakui dengan keputusan itu,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya