Malaysia tegas sokongan perjuangan Palestin - PM  - Utusan Malaysia

Malaysia tegas sokongan perjuangan Palestin – PM 

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negara sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah terhadap perjuangan Palestin 

Beliau berkata, negara bersama dengan masyarakat antarabangsa pada hari ini, berdiri teguh atas matlamat yang sama untuk mencari penyelesaian secara damai, adil dan saksama ke atas penderitaan yang dialami rakyat Palestin.  

“Tahun ini menandakan 74 tahun sejak Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima pakai Resolusi 181 (ii) tahun 1947 dan 44 tahun selepas pengisytiharan Hari Solidariti Antarabangsa bersama rakyat Palestin diumumkan oleh PBB.  

“Malaysia bersama dengan masyarakat antarabangsa pada hari ini, berdiri teguh atas matlamat yang sama untuk mencari penyelesaian secara damai, adil dan saksama ke atas penderitaan yang dialami rakyat Palestin.  

“Malaysia menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan Palestin dan akan terus secara aktif membawa agenda Palestin ke arah merealisasikan aspirasi rakyat Palestin untuk mencapai kebebasan dan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai Hari Solidariti Antarabangsa, hari ini. 

Hari yang signifikan disambut sejak 1978 ini diilhamkan menerusi resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 30/42 B pada 2 Disember 1977. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya