Ismail Sabri jumpa Jokowi hari ini - Utusan Malaysia

Ismail Sabri jumpa Jokowi hari ini

ISMAIL SABRI YAAKOB dan JOKO WIDODO 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka bertemu dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo sempena lawatan rasmi tiga hari di Bogor hari ini.

Ini merupakan lawatan pertamanya ke Indonesia sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan pada 21 Ogos 2021.

Pertemuan antara kedua-dua pemimpin negara itu akan diadakan di Istana Bogor, salah sebuah istana presiden, kira-kira 60 kilometer (km) dari Jakarta pada tengah hari ini.

“Saya akan mengadakan pertemuan dengan Bapak Jokowi untuk membincangkan beberapa perkara demi kepentingan rakyat Malaysia-Indonesia.

“Beberapa Memorandum Persefahaman dan Perjanjian di antara kedua-dua negara akan dimeterai atas kepaksian hubungan akrab antara dua negara berjiran.

“Dalam memperkasa industri pertahanan, saya juga akan mengadakan lawatan ke pusat kemudahan industri pertahanan yang terdapat di Bandung,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya.

Selepas jamuan, Ismail Sabri akan kembali ke hotel penginapannya untuk bertemu dengan pemimpin industri Indonesia, sebelum menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman di sebelah malam.

Beliau juga dijadual mengadakan dialog dengan rakyat Malaysia yang menetap di Indonesia.

Ismail Sabri turut diiringi Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya