Dr. Akmal rawat pesakit sebelum ke PPC - Utusan Malaysia

Dr. Akmal rawat pesakit sebelum ke PPC

MUHAMMAD Akmal Salleh memberikan rawatan sebelum bergerak ke PPC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Dr. Muhammad Akmal Salleh sempat memberikan rawatan sebelum bergerak ke Pusat Penamaan Calon (PPC).

Menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin itu memberikan suntikan kepada salah seorang penduduk di kawasannya.

“Kita rawat orang kampung dulu sebelum ke PPC. Moga abang Hisam cepat sembuh,” katanya.

Dr. Muhammad Akmal merupakan antara muka baharu yang diketengahkan BN sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Doktor perubatan berusia 33 tahun berkenaan sebelum ini aktif dalam aktiviti kemasyarakatan menerusi beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Gerakan Belia 4B, sejurus tamat pengajian di Universiti Russian State Medical pada 2013.

Menerusi aktiviti kebajikan dan sosial yang dijalankan, beliau kini dikenali penduduk setempat sebagai antara penggerak kebajikan, malah kerap turun padang dalam aktiviti khidmat masyarakat bagi meringankan beban penduduk yang ditimpa musibah. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya