Pencarum ada hak tentukan wang persaraan  - Utusan Malaysia

Pencarum ada hak tentukan wang persaraan 

SYED MOHD. JOHAN RIZAL SYED UNAN MASHRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pergerakan Pemuda UMNO mendesak kerajaan agar membenarkan mereka yang masih mempunyai baki tabung persaraan mencukupi membuat pengeluaran sebanyak RM10,000 sekaligus bagi menampung keperluan selepas menghadapi tekanan ekonomi kesan pandemik Covid-19. 

Pengarah Komunikasinya, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, Pemuda UMNO percaya pengeluaran itu adalah hak pencarum dan ruang yang diberikan sekurang-kurangnya dapat membantu mereka untuk menyelesaikan permasalahan atau bebanan hutang. 

“Benar, sebanyak 46 peratus ahli di bawah 55 tahun mempunyai pendapatan kurang daripada RM10,000 tetapi #TuntutanRakyat berkenaan KWSP ini adalah untuk memberi peluang kepada lebihan 54 peratus ahli yang masih mempunyai simpanan lebihan untuk digunakan simpanan itu bagi memangkin ekonomi diri dan keluarga.

“Alasan yang sama juga digunakan oleh pihak KWSP ketika tempoh PKP berlangsung awal dahulu, namun, atas desakan secara konsisten oleh Pemuda UMNO, i-Lestari dan i-Citra. diumumkan.

“Mengapa? Kerana mereka tahu, rakyat mahu menggunakan wang yang ada, wang yang mereka disimpan untuk hari tua digunakan untuk menampung kehidupan hari ini yang penuh sukar, khususnya apabila ada yang diberhentikan kerja, dan terpaksa tutup perniagaannya,” katanya di sini hari ini.

Katanya, banyak peluang menarik menanti para pencari kerja dan perusahan industri kecil dan sederhana (PKS) dalam Bajet 2022 yang diumum kelmarin boleh direbut oleh pencarum menggunakan wang tersebut.

“Tetapi, bagaimana mahu merebut peluang pekerjaan, dana bantuan dan pinjaman seperti yang dibentangkan di dalam Bajet 2022 tersebut sekiranya mereka sendiri masih gagal menyelesaikan komitmen sedia ada yang masih tertunggak. 

“Sekiranya tempoh pandemik ini beransur pulih dan keadaan ekonomi pula memberangsangkan, kerajaan boleh memikirkan kembali strategi untuk menggandakan nilai caruman pencarum untuk kelangsungan pensaraan di masa hadapan,” katanya.

Jelasnya, Pemuda UMNO juga sudi menglibatkan diri untuk sebarang sesi libat urus bagi membincangkan perihal ini dengan fokus diberikan untuk memudahkan kehidupan rakyat atau pencarum untuk “kick-start” kehidupan mereka hari ini demi kelangsungan kehidupan di masa hadapan. 

“Pemuda UMNO akan terus menjadi jurubicara rakyat mendesak kerajaan agar dapat membuka peluang ini kepada mereka yang masih mempunyai baki tabung persaraan mencukupi bagi membuat pengeluaran sebanyak RM10,000 sekaligus, “ katanya. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya