RUU 355: Gunung dikejar tak akan lari - Utusan Malaysia

RUU 355: Gunung dikejar tak akan lari

NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Melaksanakan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau lebih dikenali sebagai RUU 355 di negara ini kekal sebagai antara agenda utama Pas.

Ketua Dewan Ulama Pas, Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh bagaimanapun berkata, perjuangan itu tidak akan dibuat tergesa-gesa kerana Pas mahu memperkenalkan Islam yang baik kepada masyarakat umum terlebih dahulu.

“Islam ini jangan kita nampak bahawa dia hukum sahaja, itu tidak betul. Kita nak keadilan itu dilihat sebagai Islam, kerja yang mantap itu Islam.

“RUU 355 ini pun Insya-Allah, pada satu masa, ia akan sampai juga, tak payah nak bimbang.. gunung dikejar tak akan lari, Insya Allah,” katanya kepada pemberita di Rantau Panjang, di sini semalam.

Terdahulu beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II menyerahkan bekalan makanan yang telah dilucut hak Maqis Kelantan kepada enam agensi untuk dijadikan bekalan makanan.

Kabinet baharu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini menyenaraikan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Seorang lagi wakil Pas, Datuk Ahmad Marzuk Shaary pula dilantik sebagai Timbalan Menterinya, menjadikan portfolio menjaga hal ehwal agama negara tersebut kini dipegang sepenuhnya oleh parti itu.

Sehubungan itu, isu RUU 355 mula dibangkitkan semula dengan pelbagai pihak berpendapat, ini masa terbaik untuk Pas merealisasikan perjuangannya itu yang tertangguh sejak sekian lama.

Dalam perkembangan berkaitan, Nik Muhammad Zawawi yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh berkata, sidang Parlimen pada 13 September ini bakal menyaksikan kerajaan dan pembangkang sepakat untuk fokus pada isu kebajikan rakyat.

“Alhamdulillah, pendekatan kali ini ialah untuk kita saling faham antara kerajaan dengan pembangkang supaya bersama-sama menyokong bajet yang akan dibentang demi rakyat. Kalau bajet tak lepas yang menderita ialah rakyat,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya