KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 15 usul dikemukakan ahli Parlimen yang mahu Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun ditukar, tetapi semuanya ditolak. Sumber memberitahu Utusan Malaysia, usul berkenaan diketepikan daripada dibahas pada sidang Parlimen yang dijadual semula bermula 13 September hingga 12 Oktober. “Usul tukar Azhar (Yang Dipertua Dewan Rakyat) ada tidak kurang 15 usul,” kata sumber ketika dihubungi semalam. Azhar adalah Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dilantik Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Julai 2020. Pelantikan Azhar ketika itu bagi menggantikan Tan Sri Mohamad Arif Md. Yusof…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya