PH termasuk DAP tidak akan sokong PN - Abdullah Sani - Utusan Malaysia

PH termasuk DAP tidak akan sokong PN – Abdullah Sani

Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menafikan spekulasi penglibatan ahli-ahli Parlimen pembangkang dalam kalangan DAP dan PKR yang dipercayai ‘akan menyelamatkan’ ma­joriti tipis kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam usul undi percaya di Parlimen, September ini.

Beliau berkata, ini termasuk dakwaan bahawa DAP akan memeterai perjanjian keyakinan dan pembekalan (CSA) dan menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah, Ahli Parlimen Kapar itu yakin semua ahli Parlimen pembangkang ‘tidak lari,’ malah, sepakat bersama Pakatan Harapan (PH) dan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini semua tidak betul. Mereka (DAP) tidak terlibat langsung dalam CSA ini dan saya telah mengesahkan dengan mereka. Semua bersama kita. Tidak ada seorang pun lari.

“Malah, ada antara pemimpin DAP pun sudah buat kenyataan untuk tidak menyokong Muhyiddin. Jadi, tunggu lah sidang Parlimen nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejak kebelakangan ini, timbul spekulasi mengenai ura-ura DAP akan menyokong Muhyiddin dalam usul percaya Perdana Menteri melalui perjanjian CSA.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua baru-baru ini menimbulkan persoalan mengenai usaha sia-sia menjatuhkan Muhyiddin yang berkemungkinan besar akan berpihak atau memberi manfaat kepada UMNO.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, ada kejutan terbesar berlaku ber­dasarkan faktor ada dalam kalangan ahli Parlimen DAP dan PKR cenderung berpihak kepada PN.

Malah, keyakinan PN untuk meraih majoriti itu akan diterus­kan pula dengan satu rombakan Kabinet sebagai tanda kepemimpinan serius untuk memastikan sur­vival kerajaan bertahan se­kurang-kurangnya sehingga Par­li­men dibubarkan.

Perkara-perkara itu dipercayai antara yang dibangkitkan dalam pertemuan khas pemimpin-pemim­pin PN diketuai Perdana Menteri di Putrajaya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya