'Patik akan terus bekerja, berkhidmat demi mengangkat agenda rakyat' - Azmin Ali - Utusan Malaysia

‘Patik akan terus bekerja, berkhidmat demi mengangkat agenda rakyat’ – Azmin Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: “Patik akan terus bekerja dan berkhidmat demi mengangkat agenda rakyat”.

Demikian jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Keempat Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-14 hari ini.

Menurut Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, pihaknya menjunjung kasih atas titah Sultan Selangor yang berkenan merasmikan istiadat pembukaan Penggal Keempat DUN itu.

“Titah baginda yang menyentuh banyak persoalan tentang krisis kesihatan, ekonomi dan politik sekali gus menunjukkan keprihatinan Sultan Sharafuddin terhadap rakyat Selangor.

“Patik akan terus bekerja dan berkhidmat demi mengangkat agenda rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi bagi menjamin kesejahteraan seluruh rakyat Selangor,” katanya dalam perkongsian di Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya