Rafizi persoal kerajaan Selangor tidak ambil tindakan ke atas kilang - Utusan Malaysia

Rafizi persoal kerajaan Selangor tidak ambil tindakan ke atas kilang

RAFIZI RAMLI sah akan kembali aktif dalam politik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan tindakan Kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, tidak mengambil tindakan ke atas kilang-kilang yang masih beroperasi di negeri itu.

Beliau berkata, sedangkan tindakan boleh diambil di bawah akta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mana lesen operasi kilang boleh ditarik balik jika gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sehingga berlaku peningkatan kes Covid-19.

“Kes Covid-19 tidak turun-turun, ramai minta tutup operasi kilang.

“Soalan kepada kerajaan Selangor dan Amirudin, kalau Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi lesen pelepasan pun, tetapi, kerajaan Selangor tarik balik lesen PBT, kilang kena tutup jugakan? Kenapa tak buat begitu? Mohon sekolahkan saya,” kata Rafizi menerusi Twitternya, semalam.

Menurut Rafizi, berdasarkan pengetahuannya, kuasa ada kepada kerajaan negeri Selangor kecuali ia digantung disebabkan darurat.

Katanya, di bawah Seksyen 102(s) di bawah bidang kuasa tambahan, PBT diberi kuasa (melalui kaedah pelesenan) untuk mengawal, menyelia (termasuk menutup) perniagaan atau perindustrian dari jenis yang memudaratkan orang ramai.

“Saya semak Akta PBT, ada beberapa peruntukan khusus mengenai lesen untuk premis atau industri beroperasi yang boleh dipertimbang dalam keadaan terdesak ini.

“Punca kuasa dari Seksyen 107 mengenai kuasa memberi lesen untuk beroperasi. 107(2) beri hak untuk tarik lesen tanpa beri alasan. Sebab setahu saya kuasa itu ada pada Kerajaan Negeri, kecuali semua kuasa Kerajaan Negeri digantung masa darurat,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN