MN berkubur? Hadi ajak semua kumpulan bersatu bawah PN -

MN berkubur? Hadi ajak semua kumpulan bersatu bawah PN

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PETALING JAYA: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi bayangan akan meninggalkan Muafakat Nasional (MN) kerana mendakwa ia sudah menyeleweng dari matlamat asas sebalik meminta semua menyertai Perikatan Nasional.
Katanya, jiak mahu menyelamatkan negara semua kumpulan Islam mesti menyertai pakatan baharu, Perikatan Nasional (PN) bersama-sama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang berteraskan Islam memimpin dan berintegriti.
Dalam kenyataan di Facebook, Abdul Hadi berkata, mereka juga bersama golongan bukan Islam yang tidak ekstrem bagi menyelamatkan negara, tanpa menghabiskan masa.
“Pas menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat Muafakat Nasional yang asal.
“Matlamat untuk masuk ke medan perjuangan bagi membela umat dalam satu negara dengan melibatkan semua golongan atas asas Perlembagaan yang merdeka dan berdaulat.
“Pas menolak politik yang menghabiskan masa dengan bermain politik sampingan dan jalanan yang menyusahkan rakyat, tanpa melihat kepada musim bencana alam dan wabak yang masih menular hari ini.
“Pas menolak muafakat tanpa bersatu dan menolak kumpulan yang menunjukkan tiada kesetiaan kepada negara dengan sifat melampau yang mencabar agama dan bangsa.
“Pas menolak agenda yang bertujuan semata-mata untuk menyelamatkan peribadi pemimpin dan kumpulannya, bukan untuk menyelamatkan negara dan semua rakyat.
“Marilah bersama tawaran baharu ini iaitu berintegriti dan berkebajkan yang berpijak atas Perlembagaan Persekutuan yang meraikan masyarakat majmuk beragama dan berbangsa.
“Marilah sama-sama menolak ekstremisme dan liberalisme yang merungkaikan ikatan agama dan bangsa,” katanya. – UTUSAN.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya