Kemelut politik Perak: Saarani hadiri mesyuarat MT UMNO - Utusan Malaysia

Kemelut politik Perak: Saarani hadiri mesyuarat MT UMNO

SAARANI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad akan menghadiri mesyuarat khas Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Kuala Lumpur malam ini berikutan kemelut politik di negeri ini.

Beliau mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi Utusan Malaysia menerusi pesanan aplikasi Whatsapp hari ini.

Mesyuarat di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur itu dijangka dihadiri pemimpin UMNO, Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional (MN) bagi membincangkan situasi politik di Perak.

Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan disebut-sebut antara calon Menteri Besar Perak daripada UMNO bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sebelum ini, dua lagi nama turut dikatakan sebagai antara calon dari UMNO iaitu ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan bekas menteri besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Namun, Shahrul Zaman dalam hantaran di laman instagram miliknya hari ini menegaskan semua ADUN UMNO Perak sudah sebulat suara mencalonkan Saarani sebagai Menteri Besar.

Kerajaan negeri Perak terbubar selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan menteri besar selepas dalam meraih sokongan majoriti dalam daripada ahli dewan dalam sidang DUN pada Jumaat lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya