ALOR SETAR: Kepemimpinan parti Gerakan perlu dikembalikan kepada pemimpin yang dapat mewakili kaum terbesar di negara ini dalam usaha memastikan kelangsungan parti terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Bekas Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Dr. Cheah Soon Hai mengakui, masa depan parti itu gelap andai tiada perubahan dilakukan di peringkat pucuk kepemimpinan parti. “Masa depan Gerakan tak cerah. Saya berulang kali menyatakan kalau untuk parti berbilang kaum sepatutnya dipimpin daripada pemimpin kaum terbesar negara ini. “Kita lihat Presiden parti dahulu pun orang Melayu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya