Ahmad Zahid menghadap Sultan Perak esok - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid menghadap Sultan Perak esok

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini esok berhubung kemelut politik negeri ini.

Difahamkan, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) akan menghadap baginda pada pukul 10 pagi.

Semalam, Ahmad Zahid menghadap Sultan Perak berikutan kemelut politik negeri ini.

Ketika ditemui wartawan selepas itu, Ahmad Zahid memaklumkan beliau akan mempersembahkan nama calon Menteri Besar daripada UMNO kepada Sultan Perak.

Kerajaan Negeri Perak terbubar selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan menteri besar setelah gagal meraih sokongan majoriti daripada ahli dewan dalam sidang DUN pada Jumaat lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN